Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh bakal pemohon kad kredit.
1) Q: Caj lewat bayar
A: Maksima RM5.
2) Q: Adakah Bank Rakyat menawarkan perkhidmatan 'balance transfer'?
A: Ya. Syarat. Kene ada Kad Kredit i Bank Rakyat dahulu.
3) Q: Sekiranya tak pakai kad kredit, ada dikenakan apa2 caj tak?
A: Tidak ada caj.
4) Q: Caj pengeluaran tunai?
A: RM30 setiap transaksi
5) Q: Bagaimana dengan cukai kerajaan RM50?
A: Percuma
6) Q: Nilai Kad Kredit yang ditawarkan?
A: Kredit limit, 3 kali ganda gaji kasar (basic + elaun tetap)
7) Q: Jika ada CCRIS / CTOS boleh mohon atau tidak?
A: Boleh mohon tapi untuk lulus mungkin susah.
8) Q: Kalau saya pernah memohon dan tidak lulus,
adakah saya masih boleh memohon lagi?
A: Boleh. Selepas 3 bulan permohonan.
9) Q: Pendapatan minimum untuk memohon?
A: RM1500/ RM18000 setahun.
10) Q: Dokumen yang diperlukan untuk memohon?
A: Salinan kad pengenalan dan salinan slip gaji sebulan/salinan kad kredit.
11) Q: Apa kelebihan kad kredit i Bank Rakyat berbanding
Kad Kredit Islamik yang lain?
A: 1) Bank Rakyat menawarkan Perlindungan Takaful Keluarga dan
khairat kematian
2) Hanya Bank Rakyat dapat menikmati cukai kerajaan secara percuma.
12) Q: Sekiranya saya ada masalah dengan pembayaran bulanan kad,
adakah saya masih menikmati pelan Takaful Keluarga dan
khairat kematian yg ditawarkan?
A: Ya
13) Q: Apa yang bakal saya nikmati sekiranya saya membayar kad
mengikut format yang ditetapkan?
A: Kelebihannya, dalam 9 bulan pertama, sekiranya pemegang kad membayar kredit mengikut format yang ditetapkan, kadar faedah tahunan akan dikurangkan menjadi 16% setahun. 3 bulan berikutnya sekiranya pemegang kad masih membayar kredit mengikut format yang ditetapkan, kadar faedah tahunan akan dikurangkan lagi menjadi 13.5%. Selepas itu, sebagai bonus kepada pemegang kad, kadar faedah tahunan anda akan dikurangkan lagi sebanyak 1% menjadi 12.5%. Sekiranya pemegang kad mempunyai pembiayaan lain dengan Bank Rakyat, kadar faedah tahunan anda dikurangkan lagi sebanyak 1% menjadi 11.5% setahun, tidak termasuk rebet lain yang bakal anda perolehi.
Sekian. Terima Kasih atas kerjasama anda.
No comments:
Post a Comment